Thursday, February 10, 2011

APCO akan bertindak ganas lagi pada 18 Februari



KUALA LUMPUR: Demonstrasi aman bagi menyokong perjuangan rakyat Mesir yang dirancang Jummat ini ditangguhkan pada 18 Februari depan, kata jurucakap jawatankuasa penganjurnya, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.
Syed Azman berkata, penangguhan itu dibuat selepas melihat situasi semasa yang berlaku di negara itu.
“Walaupun demonstrasi aman tidak jadi minggu ini, kita tetap meneruskan perhimpunan ‘Demonstrasi aman rakyat Malaysia sokong perjuangan rakyat Mesir’ di Masjid KLCC pada hari Jumaat, 18 Februari,” kata Syed Azman ketika dihubungi Keadilandaily.com
Menurutnya, himpunan itu akan bermula selepas Solat Jumaat seterusnya berarak secara aman ke Kedutaan Amerika.
“Kita berarak ke kedutaan Amerika kerana negara itu merupakan penyokong kuat kepada pentadbiran rejim Hosni Mubarak yang sehingga kini enggan berundur.
Himpunan ini juga bertujuan bagi memberi sokongan moral terhadap perjuangan rakyat Mesir yang lebih 30 tahun tertindas di bawah rejim itu,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru setiap NGO, aktivis dan individu yang prihatin dengan keadilan sejagat hadir beramai-ramai ke himpunan itu kelak.
Himpunan itu dianjurkan bersama kira-kira 71 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik seperti KEADILAN, PAS, DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template