Wednesday, February 16, 2011

Akhbar cetak rompak pun ada, macam-macam hal UMNO BN ni


Wang rakyat, harta rakyat sudah lah dirompak kaw kaw, akhbar pun nak rompak juga. Terdesak sungguh UMNO BN ni. Ada sesiapa pernah terjumpa mana-mana syarikat akhbar dalam dunia ni buat akhbar cetak rompak? UMNO BN semua boleh. 

PKR kutuk akhbar palsu Selangor Terkini
SHAH ALAM, 15 Feb: Wanita Keadilan Selangor mengutuk pihak yang bertanggungjawab sehingga tersebarnya akhbar palsu, Selangor Terkini yang menyerupai akhbar sah terbitan Kerajaan Selangor, SelangorKini. 

Ketuanya, Haniza Mohamed Talha berkata, Wanita Keadilan Selangor mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan kerana ia berniat jahat, menghasut rakyat dan cuba menimbulkan ketidaktenteraman dalam masyarakat awam.

"Wanita Keadilan Selangor mengajak seluruh rakyat Selangor mengutuk perbuatan terdesak Umno yang sengaja menimbulkan kekecohan kerana khuatir dengan sokongan rakyat yang bertambah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor," tegasnya.

Haniza yang juga Adun Taman Medan berkata, SelangorKini adalah  akhbar terbitan dua kali sebulan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor bagi menyampaikan berita-berita perkembangan kerajaan negeri kepada raikyat Selangor.
Namun begitu ada yang berpandangan lain pula. Bagi mereka, tindakan Umno meniru akhbar kerajaan negeri ini melambangkan akhbar kerajaan negeri, Selangorkini berkesan kepada orang ramai.
"Apa yang mengejutkan, seorang menteri telah sudi ditemubual oleh wartawan akhbar palsu itu.

"Beliau telah membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar palsu tersebut, mengelirukan rakyat Selangor khususnya dan orang ramai amnya," jelas Haniza yang juga Timbalan Speaker Dun Selangor.

Tambahnya, hasil siasatan beberapa pihak, jelas menunjukkan isi kandungannya mengandungi fakta-fakta yang salah berkaitan Kerajaan Selangor dan diedarkan di rumah-rumah dan tempat-tempat awam.

Akhbar palsu Selangor Terkini yang diedarkan menggunakan logo Kerajaan Selangor dengan rekabentuk seperti akhbar Selangor Kini, jelas bertujuan mengelirukan rakyat dan memfitnah Kerajaan Selangor, ujarnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template