Sunday, February 13, 2011

Abdelaziz Bouteflika akan guna kekayaan negara bagi menutup mulut para demontrasi Algeria

Riot policemen push against protesters during a demonstration in Algiers February 12, 2011. REUTERS/Louafi Larbi

Impak revolusi Mesir merebak ke Algeria. Ribuan polis dikerah bagi menghalang revolusi popular Mesir meledak di Algeria. Demonstrator dengan nada marah berteriak memekik "Bouteflika out! " di Square in the center of Algiers meminta diktator Abdelaziz Bouteflika berundur. 200 pemuda dari kawasan kejiranan miskin berjaya melepasi handangan polis a.k.a anjing kerajaan.

Abdeslam Ali Rachedi seorang pensyarah universiti dan juga pembangkang kerajaan mengatakan "keadaan yang mencemaskan". Rusuhan di Algeria boleh mengakibatkan impak kepada ekonomi dunia kerana Algeria juga sebuah negara pengeluar terbesar minyak dan gas. Penganalisis berpendapat, rusuhan tidak akan merebak seperti di Mesir kerana kerajaan rejim Algeria akan menggunakan kekayaan negara bagi menutup mulut rakyat yang bangun melawan. Ini bukan cara pencacai pegawai keselamatan menutup mulut pro mahasiswa. Tangan pencacai ini tak ada wang. Tangan penuh dengan bakteria. Habuk pun tak ada.

Mustafa Bouchachi pemimpin kumpulan hak asasi manusia yang bertanggungjawab melancarkan demonstrasi. Demonstrasi tersebut tidak disokong oleh kesatuan pekerja utama atau parti pembangkang.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri berkata empat belas orang yang ditahan dalam demontrasi tersebut akan dibebaskan. Parti pembangkang RCD mengatakan bahawa jumlah yang ditangkap adalah jauh lebih besar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template