Monday, January 10, 2011

Wei utusan... Masalah rakyat masalah bersama

Mana mungkin pencacai-pencacai UMNO berkempen untuk menentang harga minyak naik, harga barang naik. Isu barang naik, isu felda tidak mungkin akan dijadikan modal politik pencacai UMNO di Tenang. Ini isu masyarakat. Isu rakyat. Ini bukan isu Aduka Taruna kena lempang. Semua parti pemerintah dan pembangkang kena ambil pot. 


Isu nasional kepentingan rakyat melarat yang susah akibat harga barang naik adalah haram untuk dijadikan bahan kempen UMNO dan juga adalah teramat haram untuk dilaporkan kesusahan rakyat itu dalam berita tv atau akhbar pencacai utusan. Kerana apa? kerana BN takut hilang undi. Takut hilang negara, tak boleh cari makan. Rakyat tak makan tak pa. Masalah disini bukan pakatan adalah musuh nyata UMNO tetapi musuh utama mereka adalah rakyat.



Harga gula, petrol naik, Anwar, modal pembangkang di Tenang


KUALA LUMPUR, 10 Jan. - Kenaikan harga barangan seperti gula, petrol, hal-hal berkaitan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara isu yang dijangka menjadi modal pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor.

Penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sehubungan itu Barisan Nasional (BN) perlu menggandakan usaha termasuk memperkemaskan jentera parti dan memberi penjelasan yang terbaik kepada pengundi bagi mematahkan serangan daripada pembangkang.

Beliau berkata, isu-isu berkenaan sengaja dibangkitkan pembangkang bagi meraih sokongan kerana ia adalah perkara yang amat dekat di hati pengundi.

"Saya melihat di sini, terdapat dua isu yang mungkin akan dibangkitkan.

“Pertama ialah isu nasional iaitu mengenai kenaikan harga barangan, rasuah dan kes (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) Anwar dan kedua ialah isu tempatan seperti tanah, perniagaan dan juga Felda.

"BN mampu mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan syarat gerak kerja terhadap kempen penerangan yang dilakukan jentera parti itu dapat diperkemas dan dimantapkan dari semasa ke semasa,” katanya. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template