Saturday, January 29, 2011

Wajib jalur lebar paksa rela BN VS free wifi program 100 hari Pakatan

Wajib Wi-Fi. Jika akur lesen perniagaan tidak boleh diperbaharui

Jika tak dipasang jalur lebar, mereka akan dihukum. Hukumannya lesen perniagaan tidak boleh diperbaharui. Ini lah cara pemodenan ala rejim. Pencacai UMNO tak perlu susah payah. Kaedah paksa adalah dijamin negara dapat tumbuh dengan lebih baik. Inilah cara memajukan jalur lebar negara yang dibawa oleh gerombolan pencacai tanpa bersusah payah. Beri arahan dan ugut. Negara pasti maju. Akan datang rakyat sendiri kena keluar duit poket untuk membangunkan negara.

Dalam program 100 hari Pakatan. Kerajaan Pakatan akan menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.


Wajib sedia jalur lebar


KUALA LUMPUR 27 Jan. - Setiap projek pembangunan perumahan baru di ibu negara kini disyaratkan menyediakan kemudahan jalur lebar berkuat kuasa hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, peraturan itu akan membolehkan lebih ramai isi rumah mendapat kemudahan capaian internet yang lebih baik.

"Rumah, selain kemudahan elektrik dan air, pemaju (juga) perlu sediakan kemudahan internet bagi memudahkan sistem komunikasi," katanya dalam sidang media selepas menjadi tetamu KLfm di Wisma Radio di sini hari ini.

Ahmad Fuad berkata, premis perniagaan pula akan disyaratkan menyediakan kemudahan internet tanpa wayar untuk pengunjung pada tahun depan.

"Sekiranya premis-premis ini berdegil, kita tidak akan memberi lesen atau lesen perniagaan mereka tidak akan diperbaharui, arahan ini akan berkuat kuasa pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu akan turut melibatkan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Sementara itu, beliau berkata, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari ini, sebanyak 92 kontijen akan menyertai acara pembarisan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO), jabatan-jabatan kerajaan dan swasta.

Sebanyak 14 atur cara telah disediakan sempena sambutan itu termasuklah pertandingan Explorace, persembahan kebudayaan dan kesenian kaum India dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. - BERNAMA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template