Sunday, January 9, 2011

Utusan: kemungkinan terkasar bahasa? sebab tu kontraktor melayu minta maaf

Utusan dah keluar itu pun bila blog2 dah kecoh. Kontraktor 1 Melayu minta maaf. Kontraktor 1 Melayu minta maaf dibolehkan  keluar utusan tapi keluar dengan versi yang berlainan.  Berita keadaan sebenar adalah haram untuk dipaparkan dalam utusan. Bikin malu utusan. Bikin malu Awang Selamat. Boleh bikin malu melayu cap UMNO dan cap PERKASA. Barang-barang naik pun jangan kecoh-kecoh. Nanti makcik ceruk-ceruk felda marah. PERKASA kena senyap. Makcik2 melayu goreng pisang  tak boleh bisnes sebab takde minyak. Masalah melayu ni. Shhhhh fuh





Permohonan maaf tiada kaitan teguran terhadap kerajaan PP


GEORGETOWN, 9 Jan. - Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) hari ini menjelaskan permohonan maaf pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang baru-baru ini tidak berkaitan dengan teguran persatuan itu sebelum ini terhadap kerajaan negeri.
Presidennya, Datuk Muhamad Fadzill Hassan berkata, permohonan itu dilakukan untuk saling memahami serta memaafkan antara satu sama lain.
"Permohonan maaf saya itu adalah atas kemungkinan terkasar bahasa sebelum ini terhadap kerajaan negeri, itu saja.
"Ini bukan bererti ia ada kaitan dengan teguran saya terhadap kerajaan negeri sebelum ini,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau tampil membuat kenyataan itu selepas dilaporkan memohon maaf kepada Lim Guan Eng berhubung beberapa teguran persatuan tersebut terhadap kerajaan negeri, termasuk isu pemberian kontrak kepada kontraktor bumiputera. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template