Saturday, January 1, 2011

Untuk mereka yang sibuk malam ni. Cara baru buang bayi. Kejam sungguh

Sampah boleh buang merata-rata tapi bukan bayi. Hati-hati lah diluar sana. jangan terkena tipu daya ini. Susah nak jumpa ibu yang percaya kepada orang yang tidak dikenali supaya menjaga anaknya sekejap dengan alasan untuk ke tandas.



Cara baru buang bayi: Serah kepada orang tidak dikenali



SEREMBAN 31 Dis. – Qurratnaini Amni Jamaludin, 20, sedang menunggu rakannya di Stesen KL Sentral bila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.

Beliau lantas menoleh dan terlihat seorang wanita Melayu dalam lingkungan 20-an mendukung bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu.
Wanita bertudung serta berseluar jean dan berbaju warna hijau lumut itu meminta beliau menjaga bayinya seketika kerana katanya dia hendak ke tandas.

Qurratnaini menunggu seketika untuk wanita itu mengambil semula bayinya.
"Kemudian, saya tunggu, dan tunggu... hingga kira-kira dua jam!, namun wanita itu tidak juga muncul.
"Saya mula panik, curiga dan bimbang... Saya hubungi ibu bapa saya di Rantau (Negeri Sembilan).
"Mereka datang dengan kereta untuk mengambil saya dan membawa bayi itu ke Seremban,” katanya di sini hari ini.
Qurratnaini berkata, atas nasihat ibu bapanya, bayi seberat 3.5 kilogram dan berkulit sawo matang itu diserah kepada Hospital Tuanku Ja’afar di sini, sebelum mereka membuat laporan polis. – Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template