Saturday, January 15, 2011

Untuk Khairy kita ada calon untuk debat. Untuk Ummi Halfida kasi calon suami je lah

Rafizi calon debat. PKR tawarkan kepada Khairy. Untuk Ummi Hafilda, kasi calon suami je lah. Dah ada suami, ajak suami tu berdebat. Hari-hari boleh berdebat. Tak puas hati, boleh baling pinggan mangkuk periuk belanga.

KEADILAN Tawarkan Rafizi Bahas Dengan Khairy

NM9Parti Keadilan Rakyat kecewa dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak pelawaan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan sama ada Kerajaan mampu melaksanakan Program 100 Hari Pakatan Rakyat atau tidak. 

Pelawaan Anwar dibuat bagi membolehkan rakyat menilai dakwaan Najib bahawa Program 100 Hari yang dimuatkan dalam Buku Jingga adalah populis dan akan memufliskan negara.  

Dalam pelawaan Anwar, beliau turut mendedahkan bagaimana implikasi perbelanjaan kira-kira RM19 bilion untuk Program 100 Hari adalah kecil berbanding dengan subsidi korporat untuk penjana kuasa bebas (IPP), syarikat tol serta wang yang hilang melalui pembaziran, kebocoran dan rasuah yang berjumlah kira-kira RM51 bilion setiap tahun.  baca lagi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template