Wednesday, January 26, 2011

UMNO yang patut buka kitab, calon rasuah dan calon wanita tak bertudung

Para-para pencacai UMNO duk diam-diam. Muhasabah diri. Buka kitab. Faham. Renung. Fikirkan, adakah patut atau sesuai diletakkan calon bertanding itu ada sejarah makan rasuah dan sewaktu dengannya dalam pilihanraya? Apa masalah dengan calon wanita yang dicalonkan PAS? Baik. Tutup aurat. Jaga tata tertib sebagai perempuan. Tak ada sejarah korupsi. Tengok Wanita UMNO yang bertanding dalam pilihanraya tu sesuai sangat kah, ada yang  tak bertudung, rambut jambul bersepai keluar dedah aurat. Bonjol sana-sini. Sesuai sangat la jadi calon sebegitu rupa. 


Nik Aziz pertahan Pas letak calon wanita di DUN Tenang
KOTA BHARU 25 Jan. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan tindakan parti itu meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Johor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menolak dakwaan kononnya parti itu tidak menerima wanita sebagai pemimpin atau wakil rakyat kerana bercanggah dengan dasar Pas.

Malah, beliau berkata, Pas lebih mendahului ke depan dengan memilih wanita sebagai calon pilihan raya berbanding dengan Arab Saudi sendiri.

“Kita (Pas) pernah memilih wanita sebagai calon pertama ketika pilihan raya (umum) pada 1955, iaitu Khadijah Sidek, ketika itu negara ini dikenali nama Tanah Melayu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin UMNO bahawa Pas perlu mentafsirkan semula hadis atau al-Quran bahawa wanita tidak boleh jadi pemimpin atau wakil rakyat sedangkan pada PRK DUN Tenang parti itu memilih Normala Sudirman sebagai calonnya. – Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template