Friday, January 7, 2011

Tenang: Polis Tak Tenang Bila Ada Ceramah Pakatan

Rakyat tak boleh dengar ceramah. Rakyat tak boleh beli surat khabar pakatan. Rakyat tak boleh baca blog. Rakyat tak boleh berhimpun. Rakyat hanya boleh baca utusan, duk rumah diam-diam, jangan buka mulut, jangan bantah, iya kan saja apa yang disampaikan oleh tv1, tv3, tunggu ada PRU dan undi BN sampai kiamat.


Lebih tidak tenang bila Pakatan kumpul beribu-ribu hadirin, bukan saja polis malah pencacai-pencacai UMNO/BN. Ceramah hebat sebegitu perlu dibanteras. Manakan tidak tenang kalau ceramah mereka sendiri banyak bangku kosong dari para hadirin. Tak boleh duduk bertenang bila tengok rakyat disuap dengan segala macam maklumat soheh dan benar dalam ceramah pakatan. Kalau rakyat dah cerdik, bahaya untuk BN.


Ceramah di Tenang tidak tegang tapi polis ganggu

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, Salahuddin Ayub kesal dengan tindakan pihak keselamatan mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat meskipun telah memberi jaminan ianya berlangsung secara aman.

Beliau berkata, kehadiran anggota polis yang ramai ke setiap ceramah Pakatan Rakyat yang sebenarnya memburukkan keadaan yang pada asalnya berlangsung dalam suasana aman.

"Saya mengharapkan suatu padang permainan yang sama rata dan saya mengharapkan pihak polis dapat memberikan kerjasama kerana kita menjanjikan ceramah dan perhimpunan yang aman yang seharusnya tidak ada masalah untuk pihak keselamatan memberikan kita permit," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. baca lagi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template