Thursday, January 6, 2011

Tak kena bunuh tak bunuh diri macam mana boleh mati?

Bukan   disebabkan Teoh cekik lehernya sendiri. tak kena bunuh, tak bunuh diri tapi mangsa mati. Keputusannya, cadangan ditutup! itu lah mahkamah Malaysia. 

Keluarga mahu keputusan inkues Teoh Beng Hock disemak semula

SHAH ALAM 5 Jan. - Keluarga mendiang Teoh Beng Hock akan memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan inkues yang mendapati kematian mangsa bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga.
Peguam Gobind Singh Deo berkata, ia akan dilakukan dalam masa terdekat selepas mengkaji keseluruhan keputusan Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini.
"Kami berpendapat keputusan ini tidak dapat diterima. Walaupun tiada elemen jenayah, tetapi mahkamah bersetuju bahawa wujudnya kecederaan di bahagian leher mangsa sebelum mendiang jatuh dari bangunan itu.
"Persoalan tentang bagaimana Beng Hock mendapat kecederaan itu dan menemui ajalnya, masih menjadi tanda tanya dan mengganggu fikiran keluarganya. Kami perlu mendapat jawapan daripada pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kerana Beng Hock tidak cedera ketika beliau ke pejabat SPRM, dan mendiang tidak pernah meninggalkan pejabat SPRM," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Azmil yang membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 37 saksi termasuk 12 pakar dalam inkues kematian Teoh, berkata ia adalah satu keputusan
terbuka.
Ibu Beng Hock, Teng Shuw Hor meminta SPRM bertanggungjawab di atas kejadian yang menimpa anaknya.
"SPRM yang membawa anak saya pergi sana (pejabat SPRM) dan dia pergi ke sana dalam keadaan baik, tetapi saya mendapat tahu dia telah mati. Oleh itu saya mahukan keadilan dan SPRM perlu memberi penjelasan mengapa anak saya mati," katanya. - Bernama
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

1 comments:

Anonymous said...

tu la namanya inkues bodoh, bangang & bahlol..ngabihkan boreh jer...ada ke plak tak dpt jwpn...kes letup kat Bali depa boleh detect sampai boleh cekup, hok ni kes simple pun takleh? mmg bodoh40x...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template