Saturday, January 29, 2011

SPR dihalang bincang status kerusi DUN Pelabuhan Klang? Ya, Mahkamah nasihat SPR tunggu dulu

SPR dihalang bincang status kerusi DUN Pelabuhan Klang?


SHAH ALAM 28 Jan. – Badrul Hisham Abdullah hari ini memfailkan permohonan injunksi di Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada membincangkan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

Badrul Hisham juga memohon satu perintah sementara untuk menghalang suruhanjaya itu mengambil sebarang langkah atau tindakan untuk menentukan terdapat kekosongan kerusi DUN itu.

Badrul Hisham mendakwa beliau masih merupakan wakil rakyat sah bagi kawasan itu selepas Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kerusi itu kosong minggu lepas.

Permohonan injunksi itu difailkan Badrul Hisham melalui peguamnya, Wan Azmir Wan Majid pada pukul 12 tengah hari ini.

Badrul Hisham menamakan Chang Khim dan SPR masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Beliau memohon injunksi setelah memfailkan saman pemula Isnin lepas untuk mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih lagi menjadi ADUN Pelabuhan Klang dan berhak menghadiri persidangan DUN Selangor. – Bernama

Pelabuhan Klang: Mahkamah nasihat SPR tunggu dulu
Badrul Hisham Abdullah gagal mendapatkan perintah interim untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang.

NONEBagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Suraya Othman 
berkata adalah lebih baik bagi SPR menunggu sehingga selesai permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan perintah injunksi.

Suraya akan mendengar permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi terhadap SPR pada 7 Februari, tetapi suruhanjaya itu dijadualkan membincangkan kekosongan kerusi itu malam ini.

Suraya berkata, pihak-pihak yang dinamakan, perlu mengambil tindakan sepatutnya, terutama defenden kedua, SPR, hanya boleh mengambil sebarang tindakan selepas kes tersebut didengar pada 7 Februari, demikian menurut peguam Abu Bakar Isa Ramat.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong oleh speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim pada 19 Januari lalu.

Menurut Teng, ia ekoran penyandang kerusi tersebut, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih enam bulan.

[Baca berita penuh]

2 comments:

Yong on January 29, 2011 at 3:28 AM said...

Elaun mahu. Kerje tak mahu. Dia ingat ini duit sape? Yong tak halal walau satu sen pun diambil dari cukai pendapatan Yong digunakan untuk bayor elaun wakil rakyat hampeh ni. Harap PKR pilih calon yang ada integriti supaya tak ternak katak lagi.

HHRS 2.0 on January 29, 2011 at 12:20 PM said...

Kalau tak keje, tak ada elaun dah lama prk di p/klang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template