Friday, January 21, 2011

Speaker: Badrul tipu, SPR diberi notis kekosongan

Menipu adalah sah di negara ini

Speaker dewan undangan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim mendakwa ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menipu berhubung kehadirannya pada sidang DUN November lalu.

Pada sidang akhbar hari ini, Teng berkata cara Badrul Hisham mempertahankan dirinya sebagai satu pembohongan besar.

NONE"Saya ingin gunakan peluang ini bagi menafikan kenyataan yang dibuat oleh Badrul Hisham yang mendakwa beliau hadir pada majlis perasmian sidang dewan undangan negeri pada 8 November.

"Hanya ada satu majlis pembukaan rasmi. Bagi sesi ketiga sidang dewan undangan negeri ke-12 diadakan pada 12 April dan dirasmikan oleh Sultan Selangor.

“Sidang pada November adalah pembentangan belanjawan tahunan di mana tidak ada pembukaan rasmi diadakan,” kata Teng.

Rabu lalu, Teng mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang kosong selepas Badrul Hisham gagal menghadiri sidang dewan tanpa cuti sejak 16 Julai tahun lalu.

Teng juga berkata beliau telah mengemukakan notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekopsongan kerusi itu hari ini. SPR mempunyai 60 hari bagi mengadakan pilihan raya kecil.

Katanya, memandangkan kerusi itu telah diisytiharkan kosong, Badrul Hisham tidak akan dibenarkan menghadiri sidang dewan undangan negeri pada Isnin ini.

"Hanya ADUN sahaja dibenarkan masuk ke dewan,” katanya.

[Berita penuh menyusul]

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template