Saturday, January 22, 2011

SKKM juga perlu ambil tindakan kepada pemalsu gambar Lim Guan Eng

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu mengambil tindakan terhadap pencacai yang bertanggungjawab memalsukan gambar Lim Guan Eng menyembelih lembu korban. Situasi bagi Tian Chua, beliau buat dan beliau declare gambar Najib dengan wanita Monggolia itu sememangnya adalah palsu. 

Tian Chua tidak mengada-ngada yang gambar si Najib dengan awek Monggolia itu adalh sah dan betul. Bagi kes gambar lembu para pencacai BN begitu beriya-iya, mengada-ngada dengan sesungguhnya Lim Guan Eng dalam gambar tersebut tengah menyembelih lembu korban bukan MB Perak yang sah Nizar.

SKMM perlu ambil tindakan terhadap Tian Chua
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kerana membuat pengakuan mencipta gambar palsu wanita Monggolia, Altantuya Shariibu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau berasa pelik kerana SKMM tidak mengambil sebarang tindakan walaupun Dewan Rakyat telah dimaklumkan pada sidang November hingga Disember lalu bahawa siasatan itu telah selesai.

"Saya berasa pelik kenapa SKMM atau pihak Peguam Negara belum mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas jenayah yang dilakukan oleh Tian Chua itu.

"Ini bukan tuduhan palsu kerana Tian Chua sendiri telah mengaku melakukan perbuatan keji lagi terkutuk itu," katanya dalam blognya http://www.zahrainmp.blogspot.com hari ini.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang sekali lagi menjaja cerita pembunuhan wanita Monggolia kepada masyarakat kampung dan peneroka Felda dalam usaha untuk mengaibkan pemimpin negara sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Zahrain menggesa pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada Tian Chua kerana jika dibiarkan ia hanya mendorong mereka untuk terus meracuni pemikiran rakyat.

"Tian Chua pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah sebelum ini kerana menggigit seorang anggota polis tidak lama dahulu .

"Nasihat saya, padamkan api ketika ia masih kecil, jika tidak kebenaran akan rentung dijilat 'api pembohongan'," katanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template