Tuesday, January 11, 2011

Pengerusi baru Felda: Tak sokong BN? You're Fired!

Oh, tak sokong BN ye. You're Fired! engkau keluar dari tanah felda ni. 

Bapak rasuah bagi warning. Bapak rasuah tak suka cakap banyak. Sokong pakatan tiada maaf bagi mu. Sokong BN pun jatuh miskin. Tak sokong BN kena halau. Macam2 cara haram mereka guna. Nak terus berkuasa dan kara raya. Rakyat kena patuh. Kena tunduk. Kena hormat mereka dan susur jalur keturunan mereka. Kerana negara ini bapak mereka yang punya. Rakyat tak boleh cakap banyak. Duk diam-diam sudah dan pangkah BN. Macam yahudi. Tak bersekutu kena halau macam anjing.

Ugutan pecat ahli Felda, Pemuda PAS berang

Pemuda PAS berang dengan tindakan pengerusi baru Felda, Tan Sri Isa Samad yang dilaporkan mengugut untuk memecat mana-mana kakitangannya yang menyokong Pakatan Rakyat.

Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen berkata ugutan Isa itu disampaikan ketika pertemuan sulung Isa dengan seluruh kakitangan syarikat kumpulan Felda, baru-baru ini.

azlanHerman berkata ugutan terbuka itu membuktikan betapa terdesaknya BN untuk merampas semula sokongan daripada kakitangan Felda menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Ugutan terbuka itu mengambarkan betapa terdesaknya BN untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada mereka.

"Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN.

"Kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begini kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan. Hakikatnya Isa tidak boleh sesuka hatinya memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan,” kata Herman dalam satu kenyataan media.

NONEBeliau berkata hak setiap kakitangan Felda adalah untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang dipilih merekaadalah dijamin oleh perlembagaan. 

Justeru, menurut Herman adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda kerana tindakan itu akan menyaksikan beliau diheret ke mahkamah.

"Kita menggesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.

"Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.

"Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?" soalnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template