Monday, January 17, 2011

Pengarah Pelajaran Johor patut ditukar

Markom Giran patut ditukar. Nak sabitkan apa dengan suami cikgu mala tu. Markom gred DG54 Jusa C melanggar peraturan 21 yang melarang Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kumpulan Pengurusan  dan Profesional mengambil bahagian dalam parti politik secara khusus. Si ketuanan jawa ini terang-terang berpolitik. Salah laku pejawat awam. Patut ditukar atau duk diam-diam. Nak membodek lain hari. Lebih baik jaga telor sendiri.



LABIS, 17 Jan: Selepas berkempen habis-habisan untuk BN sehingga disiarkan dalam laman video popular Youtube, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran buat hal lagi apabila cuba menukar suami bakal calon PAS di Tenang,  Makrof Abd Mutalib.
(Gambar atas: Cikgu Mala bersama suami, ibu serta ayahnya ketika diumumkan sebagai calon PAS malam tadi)

Namun selepas dibantah dengan alasan Normala Sudirman sudah berhenti kerja, arahan pertukaran untuk Makrof itu telah ditarik balik.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataannya kepada laman web The Malaysian Insider hari ini, Markom yang lebih dikenali sebagai Wak Markom di kalangan petugas PAS di sini menafikan laporan tersebut.

Beliau berkata, Makrof hanya diberikan amaran kerana berkempen untuk isterinya.Makrof, seorang guru di Tenang didakwa gagal mengawal isterinya yang giat dalam politik dan bakal menjadi calon PAS di Tenang lalu diarah bertukar ke Johor Bharu dalam masa 24 jam.

Sebelum ini, PAS Johor membuat laporan polis dan SPRM terhadap Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran kerana mendakwanya berkempen untuk Barisan Nasional (BN) sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Antaranya Markom berkata, mahu tidak mahu semua guru-guru khasnya guru kaunselor diminta (diarahkan) untuk mempastikan (parti) kerajaan menang di dalam pilihan raya kecil ini. Antaranya mereka diminta kenal pasti pengundi di Tenang samada hijau (PAS), biru (BN) atau kelabu (belum menyokong mana-mana pihak).
"Jika kelabu, pastikan mereka sokong (parti) kerajaan," kata Markom. Sehingga kini video klip dalam Youtube ini sudah dilihat oleh lebih 25,000 pengunjung. baca lagi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template