Thursday, January 27, 2011

Pelepasan nyamuk GM adalah isu bioetika


6000 nyamuk GM iaitu organisma yang telah diubahsuai secara genetiknya telah dilepas di Bentong. Satu skala kajian lapangan yang sangat besar untuk spesis serangga. Bukan dilepaskan secara terkawal dalam skala yang kecil (green house) seperti mana penyelidikan diluar negara. Seperti telah dibahaskan dalam blog2 konspirasi, adakah semua nyamuk yang dilepaskan itu akan mati semuanya. Soalnya ialah beribu-ribu ekor. Adalah mustahil IMR dapat mengesan kematian nyamuk 6000 ekor itu. Adakah dijamin tiada transmisi penyakit zoonotic kepada manusia?
Ricarda Steinbrecher, Pengerusi EcoNexus yang juga adhoc bagi Cartagena Biosafety Protocol (AHTEG) menegaskan seperti berikut.
“With GM insect-and in particular GM mosquitoes-we are faced with a number of problem that we have a little or no experience or knowledge of how to assess or deal with.”
“We don’t even know,or have sufficient data on,what the potential harm or negative impacts might be.”




Baca disini berkenaan projek nyamuk GM


6,000 nyamuk GM dilepaskan di Bentong
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah melepaskan 6,000 nyamuk Aedes Aegypti jantan bebas kuman jenis OX513A yang diubah suai secara genetik (GM) di satu kawasan hutan tanpa penghuni berhampiran Bentong pada 21 Dis lalu untuk tujuan penyelidikan.

aedes mosquito 180910 aedes mosquitoIMR berkata langkah itu yang bertujuan mengkaji penyebaran dan tempoh hayat nyamuk berkenaan di lapangan juga melibatkan nyamuk serupa daripada jenis liar dilepaskan di kawasan itu untuk tujuan perbandingan.

"Uji kaji itu selesai pada 5 Jan. Proses pengasapan dibuat pada 6 Jan untuk membasmi semua nyamuk berkenaan dan pemantauan akan diterus dibuat hingga dua bulan jika perlu," kata institut itu dalam satu kenyataan.

IMR berkata pelepasan nyamuk itu ditunda dari jadual asalnya kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

dengue malaria mosquito outbreak fogging 290905Ia juga berkata tiada pelepasan baru dirancang sehinggalah tempoh pemantaun pasca percubaan selesai dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Hasilnya dibuat analisis dan disiarkan dalam jurnal sains serta mesyuarat untuk diulas oleh pihak berkepentingan.

Uji kaji itu dijalankan selepas penilaian secara menyeluruh dibuat tentang nyamuk berkenaan di makmal IMR dan penelitian ketat dilakukan terhadap aplikasi yang digunakan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template