Sunday, January 30, 2011

Pakatan Rakyat bimbang keadaan banjir dimanipulasi BN


4.29pm: Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.

4.00pm: 
Bot dan trak lima tan milik tentera dan bomba digunakan untuk membawa pengundi ke SMK Kamarul Ariffin selepas hujan di tempat itu kembali lebat.


Banjir yang berlaku di merata-rata kawasan di sekitar sekitar Dun Tenang dibimbangi akan dimanipulasi oleh Barisan Nasional melalui jentera kerajaan seperti Pertahanan Awam (JPA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba.
Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Zabidie Abas berkata keadaan itu boleh dimanipulasi kerana agensi kerajaan itu ditugaskan untuk membawa pengundi ke pusat-pusat pengundian akibat banjir.
“Kita bimbang sekiranya perkara ini berlaku kerana Barisan Nasional mempunyai akses (kepada pengundi), sementara kita (Pakatan Rakyat) tidak dapat memberikan sentuhan terakhir kepada para pengundi,” katanya.
Katanya, meskipun hujan lebat dan banjir di sesetengah kawasan menjejaskan pengundian, namun beliau yakin pengundi Dun Tenang, terutama di kawasan Felda mampu untuk membawa perubahan menolak calon Barisan Nasional.
“Felda memang merupakan kawasan kubu Umno dan barisan Nasional. Namun, apa yang dapat kita pastikan ialah, para penyokong kita di kawasan Felda telah pun menunaikan tanggungjawab mereka.
“Saya jangkakan hampir kesemuanya telah keluar mengundi,” kata Zabidie, yang juga merupakan Setiausaha Pengelola KEADILAN Johor kepada Keadilandaily.com.
Tinjauan Keadilandaily.com di sekitar pekan Labis mendapati, para penyokong kedua-dua parti yang bertanding masih tidak meninggalkan pusat pengundian meskipun hujan lebat masih tidak berhenti.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin dan Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah merupakan antara kawasan tumpuan kedua-dua penyokong parti-parti yang bertanding untuk merayu undi.
Sorakan slogan dan laungan takbir berselang seli di antara kedua-dua kumpulan penyokong parti-parti yang bertanding. Penyokong Pakatan Rakyat, terutamanya Muslimat Pas dilihat paling giat membantu mengiringi pengundi ke tempat pengundian.
Sehingga jam 4 petang tadi, sejumlah 9,618 orang pengundi atau 68.68 peratus telah keluar mengundi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template