Friday, January 28, 2011

Najib yakin rakyat di tenang sudah diperbodohkan

Najib yakin pengundi di Tenang buat pilihan bijak


PUTRAJAYA 28 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor akan membuat pilihan yang bijak pada pilihan raya kecil kawasan itu, Ahad ini.

Perdana Menteri berkata, pengundi di kawasan berkenaan sudah tentu dapat menilai calon yang sesuai, yang akan dipilih menjadi wakil rakyat mereka.

"Saya yakin mereka faham akan pilihan mereka dan sudah dapat membuat kesimpulan.

"Mereka dah tengok kedua-dua pihak (calon) dan saya yakin mereka akan membuat pilihan yang bijak,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Pilihan raya itu melibatkan calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan calon Pas, Normala Sudirman, 38.

Ia diadakan selepas penyandang kerusi itu, Datuk Sulaiman Taha daripada BN, meninggal dunia pada 17 Disember lepas.

Najib juga berharap pengundi di kawasan Tenang dapat memikirkan tentang masa depan mereka dan mengambil peluang daripada pilihan raya kecil itu bagi memilih wakil rakyat yang sesuai.

"Ini pilihan raya kecil bukan pilihan raya umum. Jadi, yang penting sekali ialah untuk mereka memilih seorang wakil rakyat yang boleh membuat sesuatu atau memberi kelebihan kepada mereka.

"Itu yang paling utama dalam soal pilihan raya kecil,” katanya. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template