Friday, January 28, 2011

Najib terpaksa berbohong sebab sayang bini

Dakwa ‘First Lady’ tiada kakitangan, Najib bohong


KUALA  LUMPUR: Pengesahan kewujudan pejabat Wanita Pertama atau First Lady of Malaysia (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), membuktikan Datuk Seri Najib Razak berbohong apabila mengatakan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kakitangannya sendiri.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata Najib berbohong di Dewan Rakyat pada November 2010 ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dengan menyatakan pejabat Rosmah tiada kakitangan khusus untuk isterinya.
“Pembohongan Najib, terbukti dengan penemuan sebuah laman sesawang FLOM (First Lady of Malaysia) di Pejabat Perdana Menteri yang menempatkan Rosmah dan dibuktikan dengan nama-nama kakitangan,” katanya.
Exco Selangor itu kesal kerana laman web tersebut ditutup selepas mendapat kritikan orang awam yang  curiga dengan kehadiran pejabat berkenaan.
Katanya, laman itu memaparkan enam staf yang sama seperti Pejabat Perdana Menteri termasuk Bahagian Media, Dasar Penyelidikan, SMPKE (ICT), bahkan mempunyai bahagian ekonomi yang lebih besar dan sama penting dengan Perdana Menteri.
“Dengan bukti ini, Najib mesti segera membersih namanya dan menjelaskan kenapa berbohong dan mengakui kesalahannya. Beliau juga mesti bertanggungjawab kerana menipu di Dewan Rakyat.
“Sebagai ‘Wanita Pertama’, Rosmah juga perlu menjelaskan kepada rakyat dan tidak boleh berdiam diri serta hanya membiarkan penipuan itu berterusan,” katanya pada kenyataan media.
Beliau menganggap tindakan Najib dan Rosmah hanya mempertaruh reputasi negara di pentas dunia dan menggesa masyarakat Malaysia supaya membuat penilaian ke atas perbuatan mereka.
Keadilan Daily sebelum ini membuat panggilan ke pejabat FLOM bagi mengesahkan kewujudannya termasuk penugasan kakitangannya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template