Friday, January 21, 2011

Nah! kerusi



Jangan risau dengan ponteng. Jangan risau hilang kerusi. UMNO pasti bantu. Utusan pun bantu. SPR turut bantu. Mahkamah pun sama membantu. Kerusi pasti dikekalkan. Sejarah telah membuktikannya. SPR telah berak di Kota Seputeh. SPR sayang UMNO. SPR sayang BN. UMNO perlu didahulukan. Demokrasi sudah lama diharamkan SPR. Undang2 negeri boleh dibelitkan. Jangan risau dengan kerusi. UMNO, SPR, Mahkamah serta media2 pencacai akan bersama-sama pertahankan kerusi P Klang.

ADUN mahu pertahan kerusi P Klang
Badrul Hisham Abdullah berkata beliau akan menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan kedudukannya sebagai DUN Pelabuhan Klang.

Badrul Hisham berkata demikian bagi mengulas tindakan Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytihar kerusi DUN itu sebagai kosong ekoran kegagalan beliau menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham berkata beliau akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau masih lagi wakil rakyat Pelabuhan Klang yang sah.

Beliau ditemui selepas perjumpaan dengan wakil-wakil rakyat dari BN yang dipengerusikan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno/BN negeri Datuk Seri Noh Omar di Shah Alam hari ini.
Katanya permohonan itu akan difailkan secepat mungkin.

Beliau seterusnya mengesahkan akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin ini, dan menurutnya beliau belum menerima surat rasmi mengenai pengosongan kerusinya daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Semalam Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham kosong kerana kegagalannya menghadiri persidangan Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.
Perisytiharan itu dibuat berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan untuk rayuan.

Badrul memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada pilihanraya Umum 2008 dengan majoriti 4,407 undi.
Beliau menewaskan calon BN serta calon bebas, sebelum meninggalkan PKR pada Oktober 2009 untuk menjadi ADUN bebas mesra BN pada 2009.
Seterusnya beliau menyertai Umno pada Mei tahun lepas.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template