Tuesday, January 18, 2011

Minyak masak: Masalah perlu dicipta dalam usaha naikkan harga barang

Rakyat perlu diperbodohkan dulu dalam apa jua cara sekali pun. Cara haram adalah perlu. Pentadbiran negara secara dan telus sudah lama diharamkan. Jika sebaliknya, sudah lama BN dikuburkan.

Minyak masak: BN sengaja cipta masalah
KUALA LUMPUR, 18 Jan: Kerajaan BN diyakini sengaja mencipta sendiri masalah yang berlaku terhadap bekalan minyak masak, sehingga menyebabkan barangan itu amat berkurangan di seluruh negara sekarang, atas muslihat untuk menaikkan harganya.
Keadaan yang sama diyakini telah dilakukan oleh para pemimpin BN terhadap bawang, sehingga menyebabkan harganya melambung tinggi secara mendadak.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Salbiah Wahab menegaskan, keyakinan itu boleh didasarkan kepada beberapa keadaan yang sekali gus membolehkan pelbagai pihak mengesyakinya.
Menurut beliau, keadaan itu boleh dirujuk kepada ketiadaan atau kekurangan bekalan minyak masak itu sendiri yang berlaku secara tiba-tiba, sehingga menyebabkan orang ramai begitu susah untuk mendapatkannya di kedai-kedai.
"Jika tidak ada agenda tertentu dari pihak tertentu, mustahil keadaan itu boleh berlaku. Pada hal sebelum itu bekalan minyak masak langsung tidak menimbulkan sebarang masalah kepada pemborong, peniaga dan orang ramai," katanya ketika ditemui hari ini.
Beliau yakin, kejadian itu berlaku disebabkan bekalan minyak masak sengaja disembunyikan oleh pihak tertentu, untuk tujuan menaikkan harganya, manakala kejadian itu pula pasti didalangi pihak tertentu.   
"Dalang yang mencetuskan kejadian itulah yang perlu dikenalpasti. Pada saya, saya berani mengatakan, tentu ada campur tangan orang politik atau pemimpin BN sendiri. Jika tidak, pihak berkenaan tak berani melakukannya kerana pasti akan dikenakan tindakan," katanya.
Keadaan yang sama, menurut beliau, diyakini turut berlaku ke atas bekalan bawang di negara ini yang berlaku kenaikan harga begitu tinggi secara mendadak, sedangkan kenaikan harganya itu langsung tidak diumumkan oleh kerajaan BN sebelum itu.
Bawang terdiri daripada dua jenis. Satunya bawang putih. Satu lagi bawang merah yang besar yang dikenali sebagai bawang besar India. Bawang putih sudah lama dinaikkan harganya, tetapi secara perlahan-lahan sejak setahun lalu. Kini sekilo bawang putih berharga RM9.00.
Manakala yang terbaru dinaikkan harganya adalah bawang merah yang besar atau bawang besar India. Sebelum ini, harganya sekitar RM2.30 atau RM2.50 tetapi sekarang melambung tinggi menjadi RM9.00 sekilogram.
Menurut Salbiah, kenaikan harga bawang sebegitu tinggi sememangnya tidak boleh diterima oleh orang ramai. Ia dikatakan berlaku disebabkan kekurangan bekalan. Begitu juga dengan minyak masak. Tetapi alasan yang diberikan itu tidak boleh diterima oleh akal yang waras.
"Jika tidak ada agenda tertentu, mustahil bekalan barangan itu menjadi tiada atau berkurangan secara tiba-tiba. Pada hal dalam masa yang sama, pengeluaran bawang dan minyak masak berlaku seperti biasa," katanya.
Tindakan yang tidak bertanggungjawab itu diyakini oleh beliau sengaja dilakukan oleh para pemimpin BN untuk mendapatkan wang yang banyak secara cepat, manakala selebihnya untuk dijadikan dana bagi menghadapi pilihanraya.
Beliau menyeru para pemimpin BN agar bertanggungjawab kepada rakyat kerana tindakan yang dilakukan oleh mereka itu lebih menghimpit rakyat yang sudah terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, apatah lagi dengan golongan yang berpendapatan kecil dan sederhana.
Dengan sikap para pemimpin BN yang tidak bertanggungjawab itu, beliau turut menyeru orang ramai agar sedar dengan permainan mereka itu dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.
"Jika anda semua terus memberikan mandat kepada Umno atau BN memerintah negara pada pilihanraya akan datang, begitulah padatnya. Jadi sokonglah Pakatan Rakyat, insya Allah hidup anda pasti berubah kepada yang lebih baik," ujar beliau.  

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template