Friday, January 7, 2011

Menjelang pilihan raya: yang bangun melawan adalah sampah

Kuburkan kuasa rakyat. Kuburkan dan gelapkan minda rakyat. Bodohkan rakyat. Rakyat perlu bodoh untuk terus berkuasa. Yang cerdik hanya layak untuk kroni. Yang cerdik melawan perlu ditangkap. Rakyat sebegini cerdik sangat bahaya untuk mereka. Mereka yang melawan adalah sisa. Sudah rosak. Tidak boleh pulih lagi.

Rakyat yang banyak cakap perlu ditutup mulut mereka. Jangan cakap apa-apa pun keburukan kedajalan yang telah BN buat. Cakap puji mengampun akan hal-hal yang baik untuk BN saja. Rakyat jangan turun melawan. Makna demokrasi hanya untuk pemerintah rejim sahaja. Kerajaan bebas untuk perlakukan apa saja keatas rakyat atas dasar kebebasan. Di negara ini, demokrasi bukan untuk rakyat. jangan cakap banyak. Duk diam sudah.

Menjelang pilihan raya: Aktivis, peguam ditangkap
Polis awal pagi ini menahan empat aktivis dan merampas beberapa CD dan VCD yang didakwa mempunyai unsur hasutan kepunyaan TV Sarawak Bebas dan Radio Free Sarawak, di Kuching dan Miri.

NONESetiausaha Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia) Nicholas Mujah dan peguam serta aktivis Abun Sui Anyit adalah antara mereka yang ditahan.

Kenyataan kedua-dua mereka dirakam oleh polis. Dua lagi yang ditahan polis di Kuching tanpa kenyataan mereka dirakamkan adalah aktivis sosial Ong Boon Keong dan pekerja Sadia, Nikodemus Singgai.

Enam anggota Kementerian dalam Negeri dan sekumpulan polis dari Cawangan Khas menyerbu pejabat Sadia dan mengelidahnya serta merampas 1,200 keping CD dan VCD selepas tengah malam semalam. Turut dirampas adalah dua mesin membuat salinan cakera berkenaan dan beberapa risalah promosi.

NONEMujah, Singgai dan Ong kemudian dibawa ke balai polis Satok di Kuching.

Beberapa jam kemudian, Mujah dipindahkan ke pejabat Kementerian Dalam Negeri di Kuching untuk disoal-siasat dan diberitahu dia disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Penapisan Filem.

Meskipun tidak didakwa, Mujah dikehendaki kembali ke balai polis itu dalam masa sebulan. Ketiga-tiga mereka akhirnya pulang ke rumah masing-masing sekitar jam 5.30 pagi ini.

NONESementara itu di Miri, Anyit ditahan sekumpulan polis di lapangan terbang Miri sekitar jam 8.30 malam apabila beliau tiba dari Kuching.

Beliau dilaporkan membawa 200 CD dan VCD yang sama ketika ditahan dan dimaklumkan bahawa bahan berkenaan berunsur hasutan.

Anyit kemudian dibawa ke balai polis Miri dan kenyataannya dirakamkan. Beliau diberitahau bahawa dia disiasat mengikut seksyen 4(1) Akta Hasutan dan akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

[Baca berita penuh]

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template