Wednesday, January 19, 2011

Malaysia Piala Dunia Fifa 2030

thumbnail
CADANGAN Malaysia menganjurkan Piala Dunia Fifa 2030 secara bersama dengan negara rantau ini mendapat reaksi positif apabila mesyuarat Menteri Luar Asean, semalam bersetuju mengemukakan cadangan itu kepada pemimpin negara masing-masing.
Menurut kenyataan dikeluarkan laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), semalam, mesyuarat berlangsung di Lombok itu melahirkan kesediaan mengemukakan cadangan rasmi bagi mendapatkan kelulusan pemimpin rantau ini ketika Sidang Kemuncak Asean di Jakarta pada 7-8 Mei ini.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang menjadi wakil Malaysia dalam mesyuarat di Indonesia itu bagaimanapun gagal dihubungi untuk pengesahan.
Namun, Timbalannya, Senator A Kohilan Pillay tidak menolak kemungkinan cadangan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030 itu dibangkitkan Anifah dalam mesyuarat Menteri Luar Asean itu.

“Beliau akan pulang ke Malaysia malam ini (malam tadi) dari Lombok, mungkin anda boleh mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripadanya esok (hari ini). Memang beliau menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Asean dan mungkin dalam perjumpaan itu cadangan untuk menganjurkan Piala Dunia dibincangkan,” katanya yang dihubungi Arena Metro, semalam.

Malaysia pencetus idea menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030 pada mesyuarat tahunan Menteri Luar di Hanoi, Julai tahun lalu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merestui cadangan itu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template