Sunday, January 9, 2011

Korea Selatan tanam sejuta babi

SEOUL: Korea Selatan mengambil langkah menanam sejuta ekor babi hidup-hidup ketika menghadapi wabak kuku dan mulut meskipun tindakan itu dikecam hebat. 


Sejak kes pertama penyakit itu disahkan pada November lalu, pihak berkuasa melancarkan operasi ‘pelupusan’ babi secara besar-besaran.
Penyakit kuku dan mulut membabitkan haiwan termasuk babi, lembu dan kambing. Mana-mana negara yang ada kes jangkitan tidak boleh mengeksport daging haiwan itu.
Kerajaan Korea Selatan enggan menggunakan suntikan vaksin bagi menangani penyakit itu sebaliknya melupuskannya, sekalipun diminta berhenti. 

Pada 4 Januari lalu, di daerah Gangwon-Do, 33,900 babi dimusnahkan, kata Pertubuhan bagi Kesihatan Haiwan (OIE). 

Agensi Compassion in World Farming (CIWF) memberitahu Sky News bahawa tindakan Korea Selatan melanggar garis panduan antarabangsa. – Agensi 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template