Monday, January 3, 2011

Khusrin: Sanggup ke nak jadi pencacai kepada Kerajaan Pakatan?

Sanggup ke? bukan senang nak jadi pencacai kepada kerajaan Pakatan. kena lurus dan betul. Bukan kerja kelentong macam kerajaan UMNO. Sanggup ke jadi pencacai kepada perkara yang benar. Bukan pencacai kepada kerja yang haram. 


Khusrin akan teruskan tugas sebagai SUK selagi tiada arahan dari JPA
SHAH ALAM - Datuk Mohamad Khusrin Munawi berkata, beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru selagi tiada arahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk ditukarkan ke peringkat kerajaan pusat.
Mohamad Khusrin berkata, beliau akan menjalankan tugasnya itu meskipun pelantikannya ke jawatan SUK oleh kerajaan pusat ditentang oleh kerajaan negeri Selangor.
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa sebagai penjawat awam, saya tahu peraturan dan tahu apa yang saya boleh dan apa yang tidak boleh dibuat oleh seorang penjawat awam.
"Saya akan buat kerja mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada selagi tiada arahan elanjutnya dari JPA. Kalau hari ini saya diarahkan pergi (oleh JPA), saya akan pergi...tiada masalah," katanya pada sidang media yang penuh sesak dengan wartawan di pejabatnya di Bangunan SUK di sini, hari ini.
Pelantikan Mohamad Khusrin sebagai SUK baru mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, pelantikan itu belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template