Monday, January 24, 2011

Johor Corp dan UMNO Johor bakal dilondeh oleh UMNO Kelantan

UMNO Kelantan akan melondehkan Johor Corp. Hutang yang perlu ditanggung kini berbillion ringgit sehingga berlaku defisit. Tarif air juga adalah termahal di Malaysia. Rakyat Singapura dapat air murah manakala rakyat Johor melarat tanggung beban bil air.




KUALA LUMPUR, 24 Jan: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, tindakan Umno Kelantan mahu mendedahkan kegagalan kerajaan PAS Kelantan kepada pengundi di Dun Tenang hanya akan 'melondehkan' Umno Johor sendiri.
Apatah lagi katanya, jika yang mahu diceritakan itu berhubung isu air, perparitan dan banjir yang juga turut akan menempelak pentadbiran kerajaan BN Johor.
"Johor jual air mentah dengan harga murah kepada Singapura, beli balik dengan harga mahal.
"Tak payah la nak bawa Umno Kelantan. Saya yakin Umno johor lebih tahu isu-isu ini," katanya sinis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang mahu menghantar 20 'tenaga berpengalaman' menceritakan kegagalan Kerajaan PAS Kelantan kepada pengundi Tenang.
Awang Adek semalam berkata antara perkara yang akan diceritakan ialah isu air, jalan, perparitan, banjir dan kepincangan dalam perlaksanaan projek ladang rakyat.
Mengulas lanjut, Kamarudin yang juga AJK PAS Pusat berkata, jika Umno Kelantan mahu membawa masalah banjir di Kelantan, Awang Adek juga dinasihat tidak lupa bahawa Johor juga pernah mengalami banjir besar pada bulan Disember 2006 dan Januari 2007.
Berhubung dakwaan kepincangan dalam perlaksanaan program ladang rakyat pula, Kamarudin juga mahu Awang Adek sedar isu Johor Corporation (Jcorp) yang mengalami masalah kewangan serius sehingga diperkatakan semua pihak.
JCorp sebelum ini diteraju Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang merupakan Presiden dan Ketua Eksekutif syarikat tersebut.
Beberapa laporan mendakwa hutang terkumpul Jcorp pula berjumlah RM4.032 bilion yang mamu menyebabkan Johor Muflis.
"Sebelum nak dedah kegagalan Kelantan, selesaikan dulu masalah di Johor.
"Kita takut mereka nah dedah kepincangan Kelantan, tapi Kerajaan Umno Johor yang terlondeh," katanya sambil menggesa Awang Adek melupakan hasrat tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template