Monday, January 17, 2011

Isu Nyamuk GM: Penangguhan Untuk Sementara Sahaja

Kejayaan protes dari masyarakat tentang projek pelepasan nyamuk GM telah mendorong pihak bertanggungjawab menangguhkan Projek Nyamuk GM.
Penangguhan ini merupakan kejayaan yang bermakna kepada blog-blog konspirasi. Penangguhan ini juga membuktikan blog-blog peribadi mempunyai kuasa umum yang eksklusif dalam membahaskan sesuatu isu walaupun dalam ruang yang terhad.
Semenjak isu tersebut, keyword “nyamuk GM” menjadi tinggi jika ditaipkan dalam enjin carian Google. Manakala blog-blog atau kenyataan yang bersifatpenentangan terhadap projek itu menduduki setiap tangga teratas dalam enjin carian.
Namun demikian, penangguhan itu kelihatan seperti ‘terpaksa’ dan bukannya dibuat atas dasar mengutamakan kepentingan rakyat. Ia dilihat IMR seperti terpaksa melayan untuk sementara waktu bantahan masyarakat dan kemudian bila keadaan semakin reda, mereka kembali melaksanakan operasi.
Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Penilaian yang terlibat dengan projek tersebut menyebut mereka terpaksa akur dengan bantahan masyarakat. Namun, berjanji akan melaksanakan juga pelepasan nyamuk tersebut dalam pertengahan 2011.
Kenyataan Dr. Mohamed Mohd Salleh itu membuktikan beberapa perkara tentang projek Nyamuk GM jika dikaitkan dengan teori-teori konspirasi.
  1. Projek pelepasan Nyamuk GM adalah ‘assignment’ dari Global Elit yang wajib dilaksanakan oleh agensi-agensi terpilih dalam Negara Dunia Ketiga.
  2. Projek saintis-saintis Oxitec adalah lebih penting dilaksanakan daripada kepentingan kesihatan awam.
Dr. Mohammed Mohd Salleh juga menyebut perkara yang ‘pelik’ iaitu akan mengadakan forum bagi menjelaskan tujuan pelepasan tersebut. Apakah beliau tidak faham bahawa bantahan yang dibuat oleh NGO bukan menyuruh Projek Nyamuk GM ditangguhkan tetapi dihentikan serta-merta kerana Malaysia ada alternatif lain yang boleh digunakan.
Malah saintis-saintis Oxitec sendiri belum mendapatkan keputusan muktamad dalam penyelidikan mereka.
Sekiranya IMR Malaysia (Institue for Medical Research) bertegas juga mahu melaksanakan projek tersebut, kami ingin menyarankan agar ia dilepaskan di kawasan-kawasan berikut:
  1. kawasan perumahan kakitangan awam Putrajaya (menggantikan Bentong, Pahang) dan
  2. sekitar perumahan mewah di Bangsar (menggantikan Alor Gajah) atau …
  3. di kawasan rumah pegawai-pegawai atasan IMR.
Terdapat cadangan lain yang kami dengar;
  • Seratus ekor nyamuk jantan GM dan 100 ekor nyamuk aedes betina di lepaskan dalam sebuah bilik tertutup seperti saiz bilik tidur.
  • Tunggu sehingga 12 jam (diandaikan kedua-dua nyamuk sudah mengawan dalam tempoh tersebut).
  • Kemudian letakkan salah seorang pegawai IMR terlibat dalam bilik tersebut sebagai sukarelawan yang bersedia digigit. (Untuk ini pegawai IMR perlu berkorban demi rakyat kerana semua pegawai kerajaan tertakluk kepada slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan).
  • Hasil gigitan berkali-kali itu diambil sebagai sampel kajian.
  • Selepas itu barulah keputusan sama ada nyamuk GM selamat atau tidak boleh diputuskan kepada masyarakat umum.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template