Monday, January 10, 2011

Isu Nyamuk GM Ke Peringkat Petisyen

oleh Ibnuyaacob & Abd Aziz Atiqullah


Setelah hampir setahun didebatkan tentang isu pelepasan Nyamuk GM(Genetically Modified) akhirnya ia membawa kepada peringkat bantahan melalui petisyen oleh masyarakat.
Berita Nyamuk GM telah diisukan kami dalam blog ini dalam dua artikel berikut sebelum ini;
Petisyen bantahan ini dimulakan di Pulau Pinang dengan tajuk “Tidak Kepada Pelepasan Nyamuk GM di Bentong dan Alor Gajah.” Petisyen yang dibawa oleh saudara Cheah Hooi Giam berjaya mengutip lebih 300 tanda tangan.
Antara lain yang disebut di dalam petisyen ialah mendesak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya menimbang semula cadangan pelepasan tersebut. Desakan itu dibuat kerana setakat ini belum ada mana-mana saintis berani mengeluarkan bukti saintifik bahawa Nyamuk GM mampu mengurangkan denggi dengan efektif.
Istilah “mampu mengurangkan denggi” yang digembar-gemburkan oleh saintis Oxitex masih dalam peringkat teori.
Rakyat Malaysia Bahan Kajian Negara Maju
Selain itu, belum ada lagi negara maju memberi ‘lampu hijau’ kepada kementerian kesihatan mereka untuk menggunakan kaedah Nyamuk GM. Ia sangat pelik apabila Malaysia dalam keadaan tergesa-gesa mahu membenarkan Nyamuk GM dilepaskan ke atas kawasan penduduk.
Tindakan ini dilihat seolah-olah kerajaan Malaysia membenarkan rakyat Malaysia dijadikan bahan ujian terhadap teknologi yang dibangunkan negara maju.
Kementerian perlu ingat bahawa walaupun Oxitec dari Britain yang membangunkan teknologi nyamuk ini tetapi syarikat itu sendiri tidak mendapat kelulusan dari kerajaan mereka untuk melepaskan Nyamuk GM di tempat awam.
Sebagai meneruskan juga projek itu, saintis-saintis Oxitec terpaksa melepaskan secara haram beribu-beribu ekor nyamuk GM di Pulau Cayman walaupun tidak mendapat kebenaran kerajaan. Pelepasan secara haram itu dilakukan pada tahun 2009.
Antara badan-badan yang giat membantah projek Nyamuk GM ini ialahPersatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Sekitar (SAM) dan Third World Network.
PERINGATAN
Bantahan terhadap isu ini bukan bermaksud menentang pekerja-pekerja awam (staf, jurutera, pegawai tadbir) yang terlibat di dalam projek pelepasan tersebut. Perkerja awam hanyalah individu-individu yang menjalankan tugas manakala tugas tersebut dijalankan atas arahan ‘pihak atasan’. Maka bantahan ini adalah menentang dasar ‘pihak atasan’.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template