Saturday, January 15, 2011

Isa Samad: Peneroka jangan termakan hasutan. Rakyat: Isa Samad jangan makan suap rasuah

Bapak rasuah pernah kena gantung keahlian UMNO, gantung keahlian saja. Rasuah perkara kecik aja. SPRM jangan masuk campur. Ini cuma politik wang aja. Bukan rasuah. PRK Tenang bapak rasuah sudah bagi warning. Jangan sokong Pakatan. Nanti kena pecat keahlian felda. Peneroka jangan termakan hasutan. Termakan rasuah tak apa.

Peneroka Felda diingatkan supaya tidak termakan hasutan Pakatan Rakyat yang sengaja mencipta dan menimbulkan pelbagai isu negatif dengan memburukkan organisasi perladangan terbesar negara itu, kata pengerusinya Tan Sri Isa Samad.

azlanBeliau berkata Pakatan Rakyat sering mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan serta Felda, namun pada masa yang sama, mereka tidak mampu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi perkara itu.

"Pembangkang sentiasa berusaha untuk menghakis kepercayaan peneroka dan rakyat Malaysia dengan mencari pelbagai kelemahan, yang kononnya wujud dalam Felda dan tindakan ini bukanlah perkara baru.
'Tanpa isu, mereka tidak hidup'
"Mereka buat begitu sebab mereka ini hidup bergantung kepada isu, dan tanpa isu, mereka tidak hidup, walhal masalah yang diperkatakan, mereka tidak dapat selesaikan pun, ini macam kes langgar lari," katanya selepas majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk bekas Perdana Menteri Malaysia kedua dan pengasas Felda Allahyarham Tun Abdul Razak di Dewan Perdana Felda malam semalam.

Turut hadir Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd Datuk Sabri Ahmad.

felda cow cattle rearing centre palong 120206 signageBeliau juga berkata peneroka perlu berusaha lebih gigih dan sentiasa memajukan diri dalam mencapai matlamat menjadikan Felda sebuah organisasi perladangan dan perniagaan terbesar, bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

"Usaha yang kuat perlu sentiasa ada di kalangan para peneroka di samping keistimewaan dan hak-hak yang kita nikmati hari ini, supaya kita mampu mencapai kejayaan yang lebih gemilang, dan perkara ini tidak mustahil untuk dilaksanakan setelah melihat kejayaan-kejayaan Felda sebelum ini," katanya.

Mengenai majlis tahlil itu, Isa berkata ia turut diadakan serentak di semua 317 tanah rancangan Felda seluruh negara sejak semalam bagi memperingati jasa dan budi Tun Abdul Razak sebagai pengasas Felda, serta pemimpin yang menjadikannya sebuah organisasi perladangan tersohor di rantau ini.

Majlis itu turut disertai kira-kira 300 kakitangan Felda dan pelajar Asrama Semai Bakti Felda dari Keramat di Kuala Lumpur.

- Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template