Friday, January 21, 2011

Ingat golongan ulama mana yang memperakuinya, rupa-rupanya Hillary Clinton

Bila DAP berkerjasama dengan PAS macam2 kata bangsat diluahkan dari pencacai UMNO. Bila MB Johor dakwa PAS dan islam bawa malapetaka, pencacai UMNO bersorak. Bila si kapir proksi Yahudi Israel Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton memperakui Malaysia sebuah negara islam contoh para-para pencacai bertepuk tangan. Kita persoal yang asas cukup lah, kenapa Rosmah isteri PM tak bertudung? negara islam contoh diperakui oleh Clinton.



Malaysia diperakui negara Islam contoh - TPM
LABIS, 21 Jan. - Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN).

"Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tenang, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Tenang, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template