Thursday, January 13, 2011

Gelaran Datuk: Dipulangkan untuk sementara aje- Khir Toyo

kah kah kah


Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo hari ini menjelaskan bahawa Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” memang dipulangkannya sementara menunggu kes dakwaan rasuahnya di mahkamah selesai dibicarakan.

Beliau berkata, sememangnya dia menghantar surat pemulangan sementara itu kepada setiausaha sulit baginda dan juga kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri pada 7 dan 10 Disember tahun lalu.

khir toyo interview 150910“Ia bertujuan untuk mendapat perkenan memulangkan sementara darjah kebesaran tersebut sehingga kes saya selesai.

“Saya terima anugerah daripada Tuanku (Sultan Selangor) justeru sewajarnya saya mohon perkenan baginda untuk mengembalikan sementara, yang sudah tentu sama maknanya dengan digantung. Saya tidak berhak menggantung pingat anugerah Tuanku sebab itu saya mohon perkenan mengembalikan sementara.

“Saya juga tidak boleh memulangkan terus pingat tersebut kerana ia menunjukkan sikap kurang ajar dan biadap seorang rakyat kepada Tuanku dan institusi Istana,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Dr Khir, beliau tidak berada di dalam mesyuarat Dewan Diraja pada 11 Disember tahun lalu dan tidak tahu sama ada keputusan menggantung pingatnya itu membabitkan surat yang dihantarnya itu ataupun tidak.

“Saya hanya dimaklumkan bahawa Tuanku dan Dewan Diraja telah menggantung pingat saya. Justeru saya beranggapan tindakan tersebut berkaitan dengan surat saya kepada Istana bulan lalu,” katanya.

Dr Khir merujuk laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan penyerahan balik darjah SPMS itu sebenarnya adalah atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya di dalam blognya.

Umpama ahli politik yang merajuk, Dr Khir mengibaratkan diri seperti peribahasa 'pokok jika rebah kura-kura pun boleh memanjat' Katanya, apa pun beliau menerima semua itu sebagai lumrah kehidupan.

“Bagaimanapun sama ada penggantungan ini bersandarkan surat saya atau tidak, ia tidak lagi penting. 

"Apa yang penting ialah menghormati keputusan Sultan Selangor yang menggantung SPMS dan saya pohon pihak media tidak lagi menggunakan gelaran Dato' Seri di pangkal nama saya,” tulisnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template