Saturday, January 1, 2011

Fuhrer penting seperti Adolf Hitler berseorangan di Surabaya tanpa pengikut?

  

Makam tertera nama Dr Poch dikatakan nama samaran bagi Adolf Hitler di tempat Pemakaman Umum Ngagel Utara, Jalan Bung Tomo, Surabaya. Kelihatan markam tersebut tidak dijaga. Keadaan makam seperti tidak menarik perhatian pengkaji konspirasi kematian Hitler. Adakah benar Dr Poch itu ialah Adolf Hitler?
Kenapa Indonesia? Adakah beliau berseorangan menyusup masuk ke Indonesia? Mana mungkin beliau berseorangan. Beliau adalah fuhrer dan pelopor fahaman Nazi. Beliau perlu dilindungi. Jika di Brazil ramai bekas pengikut beliau lari ke sana. Buktinya sebuah makam dengan lambang salib Nazi dijumpai di pendalaman hutan Amazon. Tapi di Indonesia seperti tidak ada pengikut bersamanya. Seakan tenggelam. Tak ada story. Orang Geman Aryan sangat berdisiplin dan sangat kuat kefahaman Nazi tidak mungkin hilang begitu sahaja tanpa ada jejak. 


Versi Dr Sosrohusodo warga Indonesia yang bekerja bersama Dr Poch di sebuah klinik di Pulau Sumbawa Besar menceritakan Dr Poch itu adalah Fuhrer berdasarkan penyakit yang dialami, sifat fizikal, cara Hitler berjalan dan tingkahlaku adalah sama seperti Hitler. Mungkin ianya sekadar kebetulan sahaja. Orang penting seperti Hitler perlu banyak dilahirkan atas tujuan untuk melindungi identiti sebenar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template