Wednesday, January 19, 2011

DUN Pelabuhan Klang: Pencacai belum terima makluman

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

NONEPengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim sepatutnya memaklumkan kepada SPR terlebih dahulu sebelum mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu.

"Kita akan teliti dan lihat undang-undang di Negeri Selangor, juga Perlembagaan Persekutuan sebelum membuat sebarang keputusan tentang (sama ada)berlaku kekosongan atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Abdul Aziz berkata SPR akan membuat kenyataan selanjutnya selepas menerima makluman rasmi daripada Teng.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengisytiharan oleh Teng hari ini bahawa kerusi DUN itu sebagai kosong berkuatkuasa 16 Jan lalu berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham Abdullahmenghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham, yang memenangi kerusi itu sebagai calon PKR, telah keluar dari parti itu pada 29 Okt 2009.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template