Wednesday, January 19, 2011

Diguling tanpa sedar semasa bershopping. Ikhtibar buat rosmah

Oleh: tokpepijat

"Fasa lawatan First Lady memasuki fasa II, Negara Oman. Kebetulan semasa lawatan ke sana, Regim Tunisia pimpinan Zainal Abidin Ben Ali tumbang oleh revolusi jalanan rakyat.

Ben Ali mengikut jejak Idi Amin(Uganda) dan Nawaz Sharif(Pakistan) melarikan diri ke Saudi. Agak malang Ben Ali melarikan diri tanpa isterinya Laila Ben Ali. Ketika kejatuhan regim pimpinan suaminya, Laila sibuk "bershopping sakan" di Dubai.

Media Barat menyamakan Laila sama perangai dengan Imelda Marcos dari sudut nafsu membeli mewah dan "menguasai" suami.

Barangkali media Barat belum "mengesan" lagi perangai Wanita Pertama yang sama spesis dengan Laila dan Imelda.

Elok juga Wanita Pertama Malaysia singgah sejenak di Dubai untuk bertanya "khabar" dengan Laila Ben Ali. Sambil berkongsi hobi dan mempromosikan PERMATA.

Juga pada Laila Ben Ali, banyak pengajaran boleh dipelajari oleh Wanita pertama malaysia.

Jangan lupa ajak tinggal kat Malaysia kerana Laila tu bawa banyak "jongkong emas " !

Singgahlah dulu di Dubai....ambil iktibar!"
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template