Monday, January 3, 2011

Dengan pantas bekalan minyak masak mencukupi bila harga naik

Kementerian yang sama berjanji. Minyak RON 95  tak akan  dinaik hujung tahun ini (2010). Itu janji melayu. Itu janji UMNO. Itu janji nelayu cap UMNO. Tup2 belum masuk tahun 2011 minyak RON 95 dah naik. Sebelum gula naik, selalu gula tak cukup di pasaran. Bila harga gula dah naik. Berlambak-lambak gula kat kedai siap sekali dengan kempen2 supaya kurangkan makan gula. Bila harga dah naik, kerajaan pun berkokok lah harga gula  di Malausia adalah termurah.

Gula dijadikan alasan macam rokok. Hisap rokok mendatangkan penyakit. Makan gula lebih sesudu kena kencing manis. Rokok kasi naik harga supaya rakyat tak lagi isap rokok sebab bahaya untuk kesihatan. Tapi gula kasi pusing sikit. Kempen bahaya gula, naikkan harga dan kempen lagi. Keperluan rakyat diperdagangkan dengan wang. Cuba hari ini harga minyak masak naik, dengan pantas pencacai-pencacai memenuhi keperluan minyak di .pasaran.


Harga minyak masak tidak naik, bekalan mencukupi

03/01/2011 4:17pm

PETALING JAYA 3 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Timbalan menteri kementerian berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.
Beliau berkata, kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.
"Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.
"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini.
Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu.
Lien Hoe berkata, kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran bahawa peniaga yang menaikkan harga barang berkenaan akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan. — Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template