Wednesday, January 26, 2011

Debat bukan budaya UMNO

Debat bukan budaya UMNO. Mana ada standard. Silap haribulan debat UMNO perlu ada raptai dulu macam raptai untuk berdemo seperti dianjurkan oleh geng2 baju hitam dulu. Tak takut. 2 hari boleh debat non-stop. Tak cukup sejam bro debat. Bukan debat tapi Ahmad Maslan penakut ni cabar balas terhadap pengerusi anak untuk berdialog. Antara Pengerusi anak berdepan dengan Ahmad Maslan dan pegawai felda secara tertutup tapi selepas PRK Tenang. Ini macam wayang gambar tamil. Nak pukul orang bawak geng ramai-ramai baru berani, berani sebab bawa geng.


Ahmad Maslan tolak debat isu masalah Felda


LABIS 26 Jan. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak pelawaan Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah Felda.

Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh Presiden Anak itu.

"Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi.

"Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut,” katanya kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang di sini hari ini.

Beliau berkata, Mazlan boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template