Saturday, January 22, 2011

DAP: Pilihan raya serentak untungkan BN

Pilihan raya parlimen dan negeri yang diadakan serentak akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak daripada segi berkempen, kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.

NONEPengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng (kiri, berdiri) berkata, pilihan raya serentak akan memberi kesan tidak baik kepada parti pembangkang di negeri ini kerana ia akan mengehadkan penggunaan sumber yang mereka miliki.

"Ini adalah suatu helah untuk memastikan sumber Pakatan Rakyat dari Semenanjung Malaysia tidak sampai ke Sarawak," katanya di Kuching hari ini.

Wong, yang juga ADUN Bukit Assek dan ahli parlimen Sibu berkata, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melaksanakan idea itu, pengundi di Sarawak akan menjadi keliru.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR Sarawak See Chee How berkata, parti itu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, manakala Ketua Wanita PKR negeri Nurhanim Mokshen pula berkata pilihan raya Parlimen dan negeri yang diadakan serentak, tidak banyak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 pkr supportersTaib dipetik sebagai berkata, beliau akan berbincang dengan Najib tentang kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen secara serentak.

Dalam reaksi segera beliau semalam, Perdana Menteri berkata kemungkinan pilihan raya Parlimen dan negeri diadakan serentak tidak boleh diketepikan.

Kali terakhir pilihan raya parlimen dan negeri diadakan secara serentak di Sarawak ialah pada 1974. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template