Tuesday, January 25, 2011

Dakwat kekal mengancam keselamatan negara

Dakwat kekal diharamkan kerana boleh mengancam keselamatan negara. UMNO, kroni dan para-para pencacai tidak akan selamat dan diancam oleh undang2 jika mereka kalah pilihanraya sekali gus mengancam keselamatan mereka. 
PUTRAJAYA, 24 Jan: Pakatan Rakyat melahirkan rasa kesal ekoran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan pendirian tidak mempertimbang cadangan mereka bagi penggunaan dakwat kekal.
SPR juga turut menolak desakan menghapuskan undi pos yang didakwa tidak telus.
Bagaimanapun jelas Ahli MPP (Ex-Officio) PKR, Sivarasa Rasiah, SPR mempertimbang untuk menambah baik sistem tersebut.
"Bagi pendaftaran automatik, SPR juga memberitahu tidak akan dilaksanakan kerana perlu kepada pindaan perlembagaan," katanya lagi.
Selain pendaftaran automatik, turut menuntut pindaan perlembagaan adalah cadangan supaya umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun.
Sehubungan itu, perkara tersebut perlu dibawa ke Dewan Rakyat jika mahu dilaksanakan.
Pakatan Rakyat turut yakin bahawa tiada persempadan semula akan dibuat jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan tahun ini.
Keyakinan itu dilontarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali selepas pertemuan antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan SPR di sini, hari ini.
Menurut penjelasan SPR katanya, kajian persempadanan semula hanya akan bermula 21 Mac tahun ini dan mengambil masa dua tahun sebelum dilaksanakan.
"Jadi kita boleh buat kesimpulan, kalau pilihan raya dibuat 2011, maka tiada persempadanan semula," katanya pada sidang media di lobi pejabat suruhanjaya itu.
Turut serta pada pertemuan dengan anggota tertinggi SPR itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abd Halim Abd Rahman, Setiausaha Biro Pilihan Raya DAP, Liew Chin Tong, Ketua DAPSY, Antony Loke dan dua wakil dari sekretariat Pakatan Rakyat.
Pertemuan kira-kira satu jam setengah itu antara lain turut membincangkan isu proxy voting, undi pos kepada askar wataniah, penggunaan dakwat kekal, pendaftaran automatik serta umur mengundi 18 tahun.
"Pengerusi SPR memberi jaminan bahawa proxy voting tidak akan dilaksana," tambahnya lagi.
Berhubung dakwaan askar wataniah akan mengundi secara pos pula beliau berkata, SPR turut memberi jaminan perkara itu tidak berlaku.
"SPR juga memberi jaminan askar wataniah tidak termasuk dalam undi pos," katanya.
Sebelum ini jelasnya, terdapat kebimbangan berhubung status undi askar wataniah sama ada mengundi sebagai pengundi pos atau biasa.
Seperkara lagi yang turut dibincangkan adalah cadangan tempoh kempen selama 21 hari.
Menurut Liew, jumlah tersebut adalah separuh daripada amalan pada pilihan raya umum pertama tahun 1959 yang menetapkan tempoh kempen sebanyak 42 hari.

1 comments:

Anonymous said...

apply la dakwat kekal dlm pemilihan pas dan pkr dulu..

hahahahhahahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template