Friday, January 7, 2011

Dah naik, takkan turun lagi. Teruskan undi BN

Kepada pencacai. 

Nak minta kerajaan turunkan harga barang? Nak minta kerajaan turunkan harga minyak petrol walaupun harga dipasaran dunia turun? Jangan harap. Bila dah naik, harga takkan turun lagi. Bekalan minyak masak tak cukup, tapi minta cukupkan bekalan tanpa naikkan harga? kah kah kah, jangan mimpi lah. Teruskan undi Barisan Nasional. Anda pilih mereka. Anda penentu masa depan negara ini., bukan salah Najib Rosmah.

Harga minyak tidak naik
PUTRAJAYA - Jemaah Menteri semalam memutuskan harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa harga bahan tersebut akan dinaikkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina kelak.

“Sehubungan itu, kepada pengguna yang panik membeli (minyak masak) secara banyak, cukuplah buat kerja itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga menjelaskan kekurangan minyak masak yang berlaku di sesetengah tempat adalah akibat tindakan sebuah syarikat yang menghentikan penjualan sebanyak 4,000 tan metrik bahan itu pada bulan lepas, selain berlaku penyelewengan pada kalangan pemborong dan syarikat membungkus semula minyak.

Sebagai penyelesaian, Ismail Sabri berkata, bekalan bahan itu akan ditambah sebanyak 14,000 tan metrik, menjadikan jumlah pengeluarannya meningkat kepada 84,000 tan metrik pada bulan ini.

Selain itu, pihaknya bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengatasi isu penyelewengan tersebut.

“Pasukan petugas khas ini ditubuhkan untuk mengambil tindakan dan menyiasat semua syarikat membungkus semula dan kilang-kilang penapis minyak masak yang melakukan penyelewengan termasuk menjual semula minyak masak kepada industri,” kata beliau.

Mengulas mengenai harga petrol RON 97 dan minyak tanah yang masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai hari ini, beliau berkata hal itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana harga kedua-dua bahan bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia.

“Memanglah kita tidak umumkan, melainkan minyak Petrol RON 95 yang dikawal kerajaan,” katanya. - Bernama

1 comments:

otaklunyai on January 7, 2011 at 9:03 AM said...

Ya betullll... undi lagi bn... dah 53 tahun jadi boddoh... undi lagiiii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template