Sunday, January 2, 2011

Cogan tahun baru: UMNO Dahulukan Rakyat

Turunkan harga minyak dan barang. Bukan mendahulukan rakyat dengan  program 1Malaysia atau program Juara Rakyat .Ingat rakyat boleh hidup dengan program juara rakyat. Ceramah, lawatan, pameran. Barang tetap naik, minyak tak turun2. Mendahulukan rakyat atas dasar kepentingan rakyat jenis macam mana? apa punya mangkuk projek mendahulukan rakyat. Buat lah program2 bodoh nak tipu rakyat atas nama nak dahulukan rakyat untuk pembangunan negara. 50 tahun BN tak berani juarakan rakyat. PR cuma perlukan 100 hari shj. 

‘UMNO Dahulukan Rakyat’ diperkasakan tahun ini - Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR, 2 Jan. - Slogan “UMNO Dahulukan Rakyat” akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa UMNO sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Pelaksanaannya akan digiatkan melalui program Juara Rakyat yang akan dianjurkan sepanjang tahun dan disuntik dengan “gaya baru” dengan tema berbeza setiap bulan, katanya.

"Tema (program Juara Rakyat) untuk bulan Januari ialah pendidikan dan program ini akan bermula dengan gaya baru dengan mengadakan ceramah juara rakyat ketika aktiviti sedang berjalan.

"Ia tidak seperti biasa yang hanya melibatkan pameran dan lawatan sahaja seperti sebelum ini dan ini dilakukan bagi memberikan penerangan yang jelas kepada peringkat akar umbi,” katanya ketika dihubungi. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template