Thursday, January 20, 2011

Bukan lagi 'Bernama' tapi 'Berbohong'

Nampaknya Tok Dalang yang dipinjamkan daripada TV3suku, Farid Ridzwan serta lima kakitangan putar alam TV3suku yang kini bertugas sepejabat dengan Imelda Rosmarkus di Jabatan Perdana Menteri telah mula melebarkan kekuasaannya ke Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
Sebelum ini cerita-cerita putar alam ini hanya dijana di studio TV3suku, Seri Pentas untuk dijadikan hidangan manusia buta maklumat yang hanya bergantung kepada berita TV3suku. Kini dengan tongkat kuasa yang diberikan Najib, Farid mempunyai cengkaman yang lebih luas dan BERNAMA terpaksa menikus menurut adunan dan acuan TV3suku.

 Kenyataan Media Untuk Edaran Segera: Debat Diteruskan,

Laporan Bernama Mengelirukan.
...
From:
Komunikasi KEADILAN

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa
saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Seri Najib Razak.
Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai
Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan
sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat
mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi
kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap Agensi Berita Nasional (Bernama) agar menarik balik serta
membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA
TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" - ANWAR.

ANWAR IBRAHIM

Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template