Saturday, January 29, 2011

BORANG KESIHATAN AKAN DIEDAR PETANDA PRU SEMAKIN HAMPIR

Borang kesihatan dihantar kepada wakil rakyat tak lama lagi

Kementerian Kesihatan akan menghantar borang kaji selidik berkaitan kesihatan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP) dalam usaha memantau keadaan kesihatan, bagi membolehkan pihak kementerian membantu mereka untuk menjaga kesihatan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu merupakan inisiatif kementerian bagi memastikan wakil-wakil rakyat sentiasa sihat, bagaimanapun mereka tidak diwajibkan untuk mengisi borang itu.

Beliau berkata, minggu lepas, semua jabatan kesihatan negeri diarah menghantar borang-borang itu kepada semua wakil rakyat di negeri masing-masing secepat mungkin.

"Kami rasa bertanggungjawab untuk membantu menjaga kesihatan wakil rakyat. Kami boleh bantu seperti dalam membuat temujanji dan pemeriksaan serta pantau tahap kesihatan sekiranya perlu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan angpow kepada pesakit kusta yang dilawatinya di Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh, dekat sini.

Inisiatif itu diambil ekoran jumlah wakil rakyat yang meninggal dunia akibat masalah kesihatan sejak Pilihan Raya Umum 2008 didapati meningkat. – Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template