Sunday, January 30, 2011

BN dah menang. Tolong bantu mangsa banjir

Sekali lagi BN menang di ceruk felda dan membuktikan warga felda adalah penyokong tegar BN. Tiada apa yang dapat mengubah mereka. Sikap dan tingkah laku mereka begitu akibat didisonansikan kognitif oleh parti pemerintah. Ketidak seimbangan kognitif cukup berjaya. Ini juga senjata utama pihak Illuminati. Wakil rakyat baru jangan lupa basahkan seluar anda harung banjir bantu warga felda kesayangan anda.

Banjir: PAS gesa kerajaan hantar makanan

LABIS, 30 Jan: Kerajaan diseru supaya menghantar segera bekalan bahan makanan ke Labis ekoran banjir yang melanda kawasan itu sekarang.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam kenyataannya berkata, hampir seluruh bandar Labis dan sekitarnya kini dinaiki air.
Beberapa jalan utama Labis kini ditenggelami air ekoran hujan yang turun sejak malam tadi.
Selain mengangkut pengundi ke tempat membuang undi, bot-bot juga terpaksa dihantar untuk memindah mangsa ke tempat yang lebih selamat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template