Saturday, January 22, 2011

Biar seluruh warga Pakatan termasuk aku demam

Najib cuma berani berkokok dalam Utusan. Tanpa Utusan atau media pencacai lain siapa lah Najib Razak. Sebagai seorang bertaraf Perdana Menteri perlu berani bersemuka dengan Anwar bukan cara menyusu sebelah Utusan. Ini taraf PM bukan taraf pencacai. Buat penampilan umum, dedahkan lah segala macam maklumat, segala macam belit Anwar yang ada dalam kepala hotak itu. Kalau boleh maklumat yang didedahkan itu menyebabkan seluruh warga Pakatan termasuk aku demam. 

Anwar ‘raja putar alam’ – TPM
LABIS 21 Jan. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘raja putar alam’ kerana dakwa beliau, ketua pembangkang itu adalah penipu paling besar dalam sejarah politik Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, gelaran itu sewajarnya ‘dikalungkan’ kepada Anwar kerana terlalu banyak pembohongan dan putar belit dilakukan ketua pembangkang itu termasuk mengkhianat kepada negara.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan segala janji-janji manis yang cuba ditawarkan oleh Anwar dan pembangkang.

“Anwar ini adalah ‘raja putar alam’ kerana segala kejayaan dan kemajuan yang dilaksanakan kerajaan tidak pernah dihargai sebaliknya dia lebih suka memaki-hamun dan memutar-belit isu bagi menimbulkan kebencian. -baca lagi malayau

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template