Sunday, January 2, 2011

Berapa banyak pun boleh kumpul kalau takat kumpul nama rakyat saja

Kalau takat kumpul nama nak sokong 1Malaysia, senang. Berjuta-juta boleh kumpul. Lagi best copy and paste je. Kalau buat demonstrasi pun tak boleh. Nanti malu muka. Kalau buat raptai demo pun belum tentu boleh kumpul ribu-ribu. Malu kalau takat kumpul 2,3 ratus orang macam pencacai2 baju hitam masa demonstrasi air di Selangor dulu.

MCA Selangor mahu kumpul nama rakyat sokong 1Malaysia


KLANG, 2 Jan. - MCA Selangor akan membangunkan laman web khas 1Malaysia bagi memastikan rakyat negeri itu memahami dan menyokong gagasan tersebut yang logonya kini dilarang dipamerkan di negeri tersebut.

Pengerusinya, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, laman web itu juga bertujuan mengumpulkan nama penduduk Selangor yang menyokong gagasan 1Malaysia untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri.

"Kami menentang pengharaman itu dan mahu lebih ramai rakyat, khususnya penduduk di Selangor memahami konsep sebenar 1Malaysia dan melawat laman web ini sebagai tanda sokongan kepada logo tersebut yang bertujuan menggalakkan perpaduan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata laman web itu akan dibangunkan oleh Pemuda MCA Selangor dalam tempoh 48 jam. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template