Sunday, January 16, 2011

Bapak rasuah pun boleh jadi calon

"Tolong beri saya calon-calon yang boleh menang, saya tidak peduli sama ada mereka tua, baru atau pertengahan umur asalkan mereka boleh menang." -Najib Nazak.

Najib tengah nazak untuk menang. UMNO tengah nazak untuk menang. BN terlalu nazak untuk mengekalkan kuasa. Apa calon sekali pun asalkan calon itu menang. Janji menang. Bapak rasuah ke. Bapak perogol ke, janji boleh beri kemenangan kepada BN. Janji menang beb. Tengok bapak rasuah Isa Samad, boleh menang je dalam PRK lepas. Calon haprak bukan lagi halangan untuk menang. 

Calon-calon bertanding di kawasan undi POS sudah dijamin untuk menang contohnya Najib Nazak.

Najib hanya mahu calon yang boleh menang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menunaikan haknya sebagai pengerusi BN untuk menolak calon-calon berpotensi yang mempunyai kedudukan dalam parti, bagi memastikan hanya mereka yang boleh membawa kemenangan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan para pemimpin BN Sarawak bagi mendapatkan konsensus berhubung prinsip calon-calon yang boleh membawa kemenangan terutama di kalangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

"Ini merupakan satu prinsip yang sangat penting sebab kalau kita meletak calon, itu bererti calon itu mewakili BN dan kita perlu calon itu menang sebab kita nak membentuk kerajaan," katanya. -baca lagi


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template