Wednesday, January 5, 2011

Azam Tahun Baru: Tanggal Tudung

Aktres Indonesia Cynthiara Alona, tahun lalu bertudung, masuk tahun baru 2011 dengan azam baru tak mahu bertudung lagi. Itu Cynthiara Alona. Tapi kat sini wanita contoh, wanita pertama kononnya dari tahun lepas dan lepas dan lepas tak bertudung, masuk tahun baru 2011 pun tak bertudung. Apa azam baru? nak kumpul kasut banyak2? lebih pentingkan kaki daripada kepala.

JAKARTA: Aktres Cynthiara Alona, 25, yang mula memakai hijab pada awal tahun lalu mengakui yang dia sudah menanggalkan hijabnya dengan kedatangan tahun baru.
Namun, peragawati dan pelakon filem terbabit mendakwa walaupun dia menanggalkan hijab, itu tidak bermakna dia akan kembali dengan penampilan tidak sopan sepertimana sebelum ini. “Saya ingin menjadi diri sendiri dan meneruskan karier. Jadi, saya memutuskan untuk tidak memakai hijab dulu,” jelas wanita bernama lengkap Cut Cynthiara Alona itu mengenai alasannya melepaskan hijabnya.

“Saya maklum tindakan saya ini pasti menjadi buah mulut orang tetapi saya sudah bersedia untuk menghadapinya,” tambahnya.


Bagaimanapun, Cynthiara memberitahu dia tidak akan menerima lagi watak untuk berlakon dalam filem panas.

“Saya akan cuba untuk berhenti daripada berlakon dalam filem panas,” katanya lagi. - Agensi

1 comments:

Anonymous said...

Carilah rezeki yg HALAL lagi baik...

Antara karier vs perintah Allah---siapa menang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template