Tuesday, January 25, 2011

Ahmad Maslan patut cabar debat. Tajuknya pembangkang boleh turunkan harga minyak tanpa bentuk kerajaan

ANAK cabar Ahmad Maslan untuk debat lagi
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menghantar surat tawaran kedua kepada timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat mengenai isu Felda.

NONEPresiden ANAK Mazlan Aliman berkata isu yang bakal didebatkan itu termasuk masalah yang dialami generasi kedua dan ketiga Felda.

Tambahnya, debat berkenaan juga diadakan bagi menafikan dakwaan bahawa ANAK takut untuk berdepan pihak kerajaan dalam isu berkaitan Felda.
"Pihak Datuk Ahmad Maslan memainkan satu sentimen bahawa Pakatan Rakyat sebagai penghasut, pembawa fitnah dan memecahbelahkan masyarakat Felda.

"Tetapi kita ada fakta dan hujah yang boleh dipegaang," katanya dalam satu sidang media pagi ini.

Katanya lagi, surat berkenaan menetapkan tempoh selama dua hari kepada Ahmad untuk memberikan jawapan kepada debat berkenaan.

Mazlan yang juga anggota jawatankuasa PAS berkata, debat itu akan dilangsung pada 28 Januari - dua hari sebelum hari mengundi bagi pilihan raya DUN Tenang.

Tambahnya, Ahmad boleh memilih mana-mana tempat di dalam kawasan DUN Tenang untuk dijadikan mengadakan debat tersebut.

NONESekiranya tiada jawapan daripada Ahmad, pihaknya akan menyediakan tempat bagi debat terbuka itu, katanya lagi.

Beliau juga berkata, cabaran untuk berdebat kali ini dikemukakan memandangkan Ahmad sebelum ini telah menolak pelawaan sama untuk berdebat.

Dalam surat berkenaan, Mazlan berkata debat itu bukanlah bertujuan mengejar populariti atau mempunyai agenda peribadi.

"Sebaliknya, (debat berkenaan) akan mendedahkan fakta sebenar nasib yang sedang dialami oleh warga Felda dan pengabaian terhadap mereka selama ini," surat itu dipetik.

Surat pelawaan untuk mengadakan debat tersebut dihantar ke Pejabat Felda Wilayah Segamat pada tengahari ini oleh naib presiden ANAK Shamsul Bakri dan setiausahanya Zabidie Abas.

Ketika dihubungi petang ini, Shamsul Bakri berkata surat berkenaan diserahkan kepada seorang pegawal di pejabat berkenaan pada kira-kira jam 12.30 tengahari.

Katanya lagi, beliau kesal kerana pegawai yang berada di pejabat berkenaan enggan menerima surat tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template