Tuesday, January 25, 2011

Ahmad Maslan minta pembangkang turunkan harga petrol -bodoh

100 hari mereka bangkang cukup-cukup. Diharamkan untuk rakyat hidup senang dengan projek 100 hari pakatan. Mereka bangkang kerana jika rakyat hidup senang negara serta kroni boleh bankrap. Selangor bagi air percuma mereka bangkang juga kerana boleh bankrapkan Selangor. 

Kita cabar Johor turunkan harga air. Kita minta royalti dibayar tapi pakatan dicabar tanggung subsidi minyak. PM Rosmah boleh lah pergi joli. Pakatan minta Petronas dedahkan akaun pun mereka takut. Sekarang mereka dengan bodohnya minta pakatan turunkan harga minyak. Mereka lebih berani mencabar Pakatan supaya turunkan harga minyak daripada mengajak pakatan turun berdebat.


Pembangkang dicabar turunkan harga barang


LABIS 25 Jan — Pembangkang yang memainkan isu kenaikan harga barangan bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi agar harga barang di empat negeri itu turun,” katanya kepada pemberita selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil itu pada 30 Jan ini, melibatkan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.
Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. — Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template